Penerbitan Air Force The Movie: Selagi Bernyawa

Air Force The Movie diterbitkan dengan kerjasama Angkatan Tentera Malaysia (ATM), Tentera Udara Diraja Malaysia (TUDM) bersama lima syarikat penerbitan gergasi iaitu Multimedia Entertainment, Golden Screen Cinemas (GSC), Astro, FXHammer Films dan SixFun Media.[7][8][9]

Ia diarahkan oleh Zulkarnain Azhar yang sebelum ini pernah mengarahkan filem J Revolusi (2017) dan Frank See yang pernah menulis skrip filem PASKAL (2018).[10] Zulkarnain berkata: "Memang sukar dengan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) dilaksanakan, tetapi saya gembira kerana kami bekerja keras sebagai satu pasukan dan menyiapkannya tanpa sebarang gangguan,". Menurut beliau, para pelakon telah menjalani latihan asas ketenteraan di kem tentera di Banting, Selangor selama sebulan.[11]

Penggambaran

Penggambaran utama dijalankan pada Oktober 2019 hinga Disember 2019 mengambil masa 76 hari. Terdapat beberapa penggambaran tambahan terutama bagi aksi penerbangan dan tempur udara yang dilakukan dengan bantuan TUDM antara Januari ke Februari 2020. Proses pasca produksi terhenti berikutan perlaksanaan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada Mac 2020 akibat penularan pandemik COVID-19 di Malaysia. [11] Lokasi penggambaran antaranya ialah Kuantan, Pahang; Kuala Terengganu, Terengganu; Shah Alam, Selangor; Alor Star, Kedah dan Kota Belud, Sabah.[11]

Rujukan

WikiPedia: Air Force The Movie: Selagi Bernyawa http://www.imdb.com/title/tt14571464/ http://www.airforce.mil.my/index.php/en/informatio... https://www.astroawani.com/berita-hiburan/debaran-... https://gempak.com/berita-terkini/baru-payung-trai... https://gempak.com/rojakdaily/entertainment/after-... https://iamlejen.com/lejenflix-paskau-beraksi-dala... https://www.therakyatpost.com/news/malaysia/2022/0... https://www.airtimes.my/2022/06/02/air-force-the-m... https://www.hmetro.com.my/rap/2022/07/861173/airfo... https://malaysiapost.com.my/2022/08/04/tudm-kerjas...